nuffnang

Wednesday 26 November 2014

New Born

20 Nov.2014 : Jam 10.00 malam
Alhamdulillah,
Satu malam di hospital sungguh banyak perkara yang mengisafkan diri..
Wad Bersalin... seketika cuma disini, namun pelbagai cerita suka duka mewarnai.
Melihat ibu2 sarat membawa kandungan, sangat cantik dipandangan, tercuit keinginan yang lama terpendam...
pantas fikiran berjalan, helaan nafas tersekat dipertengahan jalan,
keluhan cuba ku elakkan, agar berlalu rasa itu menghilang...

Sirent Ambulans kedengaran...lantas berhenti diparkir halaman...kelihatan seorang ibu memakai sweater berkain sarung, sangat cantik dipandangan.. ibu itu keluar mengiringi bayinya yang barangkali punya masalah serius kufikirkan. sayu mata siibu melihat anak yang baru lahir terpaksa dirujuk kepakar, terasa berat nafas ini kulepaskan.
Ya Allah... jauhkanlah, nauzubillah, permudahkanlah urusannya Ya Allah..

Selang hanya beberapa saat, kekalutan tiba-tiba berlaku di hujung jalan, seorang ibu ditolak masuk ke dalam ambulans, terlihat seorang perempuan ditelan usia memberikan kekuatan..mungkinkah ibunya..?
Si suami memegang tangan lantas gugur tangisan yang tertahan, menghantar isteri yang bakal berjuang meneruskan perjalanan ke bilik pembedahan..
Ya Allah, Subhanallah, Maha suci Allah...
terasa sebak melihat satu persatu lakaran cerita di depan mata..

21 Nov 2014 : Jam 5.00pagi 
Pengumuman nama ibu-ibu yang selamat bersalin kedengaran.
Alhamdulillah, salah satunya merupakan kakakku, Syukur Ya Allah,
Wad 24 kami tujui, tak sabar melihat wajah comel yang dinanti-nantikan.

Kuhayun kaki melangkah masuk...penuh rasa keterujaan.
bunyi tangisan bayi menemani setiap langkah perjalanan,
Tercium bauan yang sungguh mempesonakan.
terpandangku kepada sepasang suami isteri, 
sungguh comel, sungguh bahagia...
Si suami mendukung bayinya yang baru dilahirkan, mencium manja penuh kesyukuran,
terus memandang isteri disebelahnya tanda penuh kebahagiaan, 
sayu hati, sebak, cemburu, terharu semuanya menjadi satu..
kupandang ke bawah menyapu lembut titisan air mata yang jatuh tanpa kusedari..
Ya Allah, kuatkanlah hati ini... sungguh ku cemburu...tersangat cemburu....

Akhirnya kusampai didestinasi yang dituju..
senyuman terukir mengubat sendu..
anakbuah ku didepan mata, kupeluk cium.. 
Subhanallah, harumnya bunga syurgaMU,
Sungguh terlalu cantik ciptaanMu..
Selamat datang kekasih baru, 
semoga hidupmu diberkati selalu..
Amin Amin Ya Rabbal'Alamin.











**Selamat datang Nik Amni Madihah adik perempuan  Arwah Nik Arsyad Musyrif**




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^