nuffnang

Monday 8 December 2014

Tosai

Lepas balik shopping kat OTK semalam, aku terima wasap dari kawanku, si man. Katanya nanti tolong ambil dia kat airport subang kul 8.20 malam ni.
Lepas solat maghrib semalam, aku ngn suami gerak kesana. 5minit dalam kereta, man wassap lagi..katanya flight delay...kul 8.30mlm baru gerak. Ok maknanya 9.45mlm baru dia sampai airport.

Orait, memandangkan kami dah on da way, suami pun ambil keputusan untuk lepak2 kat kedai makan sambil memenuhi keinginannya menonton perlawanan bola suzuki cup antara malaysia vs vietnam.

Hmm.., aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi nasib baik aku bawa buku, boleh lah belek2 kan. takde lah boring sangat kat restoren tu nanti.

Sampai je kat kedai mamak terus kami order makanan, tosai cheese!

Tosai Cheese
Memang marbeles! Sesapa yang gemar makan tosai cheese, saya rekemenkan anda untuk cuba makanan ni di restoren Maju Maju Subang..
Banyak2 kedai yang pernah saya cuba makanan ni, kat sini memang paling best, tip top lah! dengan pencicah-pencicah nye yang sangat memikat hati, wah kompem sedap lah! haha, macam gaya pengacara jalan-jalan cari makan pulak.hihi
Tapi kan, betol tau! Tu baru single cheese, cuba kalau double, triple cheese...aduh mau nye tak balik, duk makan tosai tu je ler sampai kembung perut.huhu..hmmm sedap! Apa yg penting memang berbaloi, so kpd sesapa yg duk area sini, boleh try test kat restoren ni tau, gerenti terangkat!hehe
Ok, kepada sesiapa yg tak suka makan kt kedai, anda boleh bikin sendiri itu tosai..try resepinya kat sini ye.



Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^