nuffnang

Tuesday, 7 April 2015

Jangkitan Kuman Dalam Darah

Jangkitan Kuman Dalam Darah ?
 Korang penah dengar tak kisah Jangkitan Kuman Dalam Darah ni ?


Nisa dapat tahu anak buah nisa, adik kepada Arwah Nik Arsyad Musyrif   terkena jangkitan kuman dalam darah. Ya Allah risaunya bukan kepalang.. dari dia lahir sampailah sekarang nisa susah berenggang ngan dia ... si comel yang banyak ragam dan rajuknya..

Dapat je tau dia demam tak kebah kebah, dan tau pulak dia terkena jangkitan kuman dalam darah, terus nisa dan suami bergerak ke Melaka melihat keadaannya...



Hmmm, terpikir jugak nisa, apa sebenarnya punca jangkitan kuman dalam darah ni ye ?
Apa sebenarnya penyakit ni?  dan apa pula kesan nye, apakah risikonya ? biasa atau bahaya?
macam mana cara untuk merawatnya ?

Nisa cuba mencari info tentang jangkitan kuman dalam darah ni, Cuba godek-godek google..agar segala persoalan yang berlegar di fikiran nisa itu terungkai...
Berikut info ehsan dari google yang dapat nisa petik dan berkongsi sedikit sebanyak mengenainya..



JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH (SEPSIS)

Sepsis
Sepsis bermaksud kehadiran ataupun kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian.
Sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital dan menyumbang 40% daripada jumlah kos ICU.



Punca dan Risiko
Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
  •     Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  •     Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
  •     Lapisan otak (meningitis)
  •     Hati atau pundi hempedu
  •     Paru-paru (pneumonia bakteria)
  •     Kulit (cellulitis)
  •     Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).

Simptom (Tanda-tanda)
Bila mendapat Sepsis :
  • Tekanan darah menurun, 
  • Seterusnya menyebabkan kejutan.
  • Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul.
  • Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis.
Kakak baru lepas amik darah, kakak tak nangis pun, kakak tak tengok pon doktor yang suntik kakak, sebab apa?? sebab kakak cakap kakak malu la dengan doktor lelaki tu ! hahaha.. kecik kecik dah pandai, adoiiyai  ;p


Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
  •    Rasa sejuk
  •     Kekeliruan atau kecelaruan
  •     Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
  •     Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
  •     Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
  •     Pening akibat tekanan darah rendah
  •     Denyutan jantung yang cepat
  •     Menggigil
  •     Ruam kulit
  •     Kulit hangat (warm)

Ujian
Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:
  •     Gas darah
  •     Ujian fungsi buah pinggang
  •     Kiraan platelet
  •     Kiraan sel darah putih
  •     Perbezaan darah (Blood differential)
  •     Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)

Rawatan
  • Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik akan diberi melalui vena (intravena).
  • Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru.
  • Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.

Jangkaan (prognosis) 
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.


Komplikasi
  •     Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein    yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
  •     Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
  •     Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
  •     Kematian

Pencegahan
Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan ;
  • Mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. 
  • Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.

Tengok, wajah kakak tak seceria seperti selalu.. tapi demam kakak dah kurang, Alhamdulillah ... cuma selera makan je tak ada.. hmm, dah puas menyakat kakak, Ciksah je over tapi kakak still lagi senyum tak sihat...Apa apa pun Ciksah doakan semoga kakak cepat-cepat  sembuh seperti sediakala dan dijauhkan segala penyakit dan perkara-perkara yang tidak diingini..
Ciksah dah nak balik Puchong...semoga kakak ceria seperti biasa ye !...
Ciksah sayang kakak sangat-sangat !



^_^ love you so much !!!



23 comments:

  1. Replies
    1. Aminnn kak, Terima kasih untuk doa nye ye ^_^

      Delete
  2. Maaf sis,mcm mane keadaan ank buah sis sekarang? Sekarang anak saya ade jangkitan kuman dlm darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah sihat sepenuhnya.
      Kalau demam anak sis x kebah, atau dia still x aktif spt selalu,kurang selera makan, sis kene sentiasa follow up ngn dokter. Mmg kanak2 selalu kene jangkitan ni, tp sekurang-kurangnya boleh cegah dari awal. Nisa doakan anak sis sihat cepat. Insha-Allah.

      Delete
  3. Baru je tau satu2nya anak buah incharge cuz jgktn kuman dlm darah. Dala aritu baru kena denggi.
    . Debar jap hati baca komen kt atas lega sikit. Tapi tetap risau. Tq 4 good info here.

    ReplyDelete
  4. semoga anak buah anda sudah bebas daripada penyakit kuman itu dan tumbuh dengan kuat dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana keadaan dia skrng??

      Delete
  5. Anak saya pun kena jangkitan kuman. Warded 2 minggu. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  6. Assamlamualaikum.. akak,mama saya adalah penyakit diabetik,tggi darah,sakit jantung n buah pinggang.. dua minggu yang lalu dokter bagitahu mama ada jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke otak sikit,di sebabkan luka besar yang ada di punggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mama adik sekarang dihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan..

      Delete
  7. ank buah sy pn mengalami nasib yg sama,,skrng berada di icu htj..mohon doa kn ye smoga dia cpt sembuh.rindu dgn senyum tawa dia..😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin, semoga dipermudahkan dan sihat walafiat selalu ^^

      Delete
  8. Ank sy pun kena jangkitan kuman dlm darah..Allah lebih syg kan dia..arwah pergi jumpa pencipta Nya 19May16 yg lepas ketika usia 6bulan ++..Alhamdulillah..ank syurga, janji Allah utk sy..apa2 pun sy dan suami redha dgn pemergian arwah.. utk ibu2 yg pernah hadapi situasi seperti sy, redhai lah sbb kematian itu pasti, Qada qadha Allah pasti ada hikmahnya utk ibubapa nya..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah puan... semoga dia sedang berbahagia disana.

      Delete
  9. Salam sis,anak sy pun mngalami pnyakit yg sama semasa dia baru berumur 2hari ..nsb baik dpt tahu awl yg dia mmpunyai mslh kuman dlm drh ..sekarg ni dia msh d hospital .msh menerima antibiotik .
    Nk tnya la,adakah penyakit kuman dlm darah ni akan berulang lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya risiko penyakit ni akan berulang tu mungkin ada jika kesihatan dan kebersihan tak dijaga dengan betul. utk jawapan yg tepat rasanya boleh terus refer pakar.. sbb nisa pun kurang arif pasal ni. ni pon sharing info from mr.google shj ^^

      Delete
  10. moga anak buah cpt sembuh. cik sah knpa comel sgt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab camera 360 je. kat luar dak pon, huuu

      Delete
  11. Saudara saya Hisyam Bin Hashim turut sama terkena jangkitan kuman dalam darah dan baru sahaja menghebuskan nafas terahirnya semalam .������
    Allahu . Memang tak disangka sangka . Hanya Allah je yang tahu .
    In memories HISYAM BIN HASHIM
    4 MAY 1992 - 8 DEC 2016
    Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman��
    Alfatihah .

    ReplyDelete
  12. Saya Pernah Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah Semasa Bedah Lutut Di- Hospital Serdang . Saya Di- Masukan Ke Dlm Ward Selama 14Hari Doctor Fahrudin Masukan Ubat Vico Mecine Ke Dlm Darah Saya .Darah Saya Di- Check Banyak Kali .Selepas Itu Baru Sembuh . Pada Pendapat Saya Mungkin Saya Terminum Kencing Tikus Melalui Air Tin Kemungkinan .Bahaya Minum Air Tin Yg Belum Di- Basuh . Patut Lah Restoran2 Mamak Atau Restoran2 Majlis Perbandaran Pantau Tahap Kebersihan Kerana Ini Lah Restoran2 Punca Penyakit . Kita Semua Perlu Berhati-Hati . O.K. Terima Kasih .

    ReplyDelete
  13. Salam semua, hai ciksah..
    Risau lak sy, sbb skrg sy tgh demam.. dah 6 hari demam, dah 2x ambik darah dan doktor kata ada jangkitan kuman dlk darah..tp doktor hanyabg sy paracetamol dan antibiotik shj.. tp sy still lg demam dan menggigil walaupun dah makan ubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru lepas baik demam jangkitan kuman dalam darah. Sebaik-baiknya pegi warded di hospital dan masukkan antibiotik dalam badan cepat2(cecair).. jgn tunggu lama2..

      Delete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^