nuffnang

Friday 21 August 2015

Resepi Lokching

Resepi Lokching
 

Lokching

 
Bahan-bahan:
  • 250g isi ikan selayang (mentah)– dikisar lumat
  • 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji...
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
  1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
  3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
  4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
 p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.



Resepi sos : Sos manis/sos pedas



Bahan-bahan:
  • Blend lada kering secukup rasa
  • 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan -2 sudu besar air
  • 4 sudu makan gula
  • ½ sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
  1.  Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
  2.  Masukkan air.
  3.  Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
  4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
  5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
  6. Untuk sos pedas,tambahkan lada burung dlm masakan diatas.




"Selamat Mencuba"





Sumber

2 comments:

  1. Emmmm...sume resepi letak serbuk perasa selain dri garam dan gula..ada xyg xde bubuh tp tetap sedap jugak..
    Serbuk perasa xbagus utk kedihatan

    ReplyDelete
  2. Emmmm...sume resepi letak serbuk perasa selain dri garam dan gula..ada xyg xde bubuh tp tetap sedap jugak..
    Serbuk perasa xbagus utk kedihatan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^