nuffnang

Wednesday 13 April 2016

Aneka Resepi Kek

Resepi kek ni actually dah banyak kali dah nisa share kat facebook, tapi time nak guna ... nisa la orang yang paling gigih duk tenyeh skrin fon ni ,scroll down cari balik resepi yang di share kat wall. hurmm... Yang paling tercabar bila resepi tu nak guna masa duk rumah mak yang line nye kekadang 1 bar dan kadang takdak langsung.!  pangkah terus kau ! Arghhh ! memang agak menganggu gugat tahap kesabaran ini. huhuhu

Dah lah jenuh duk belek belek sampai ke bawah, tapi still lagi tak jumpa-jumpa. Dah sehari , banyak nau menda menda duk simpan kat wall .. tu yang beratus ratus kilometer cari payah nak jumpa. ha ha ha. Senang-senang  letak sini, klik  on label je, jumpa! tak yah nak tenyeh tenyeh fon lelama lagi dah. tak gitu. Hiks!

Terima Kasih kepada Resepi Kek & Biskut Raya... sebab banyak share resepi-resepi yang best. nisa tampal kat sini ye, mohon halal dunia akhirat ilmunya ye... hikhik


KEK BATIK COKLAT LAYER
sumber : norlieharumaini



Bahan-bahan ( 1 kg )

  • 200gm millo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut meri secukupnya

Cara-caranya:

  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan..(Nak lagi sedap, tambahkan nutella)



KEK BROWNIE BUTTER




Bahan Brownie :

  • 1/4 cawan mentega
  • 1/4 cawan gula perang
  • 140 gm coklat masakan
  • 1 biji telur gred A - dipukul
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • Bahan Kek Butter :
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50 ml susu segar

Cara Nak Buat:
  1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.

Cara Membuat Brownie :
  • Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
  • Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.

Cara Membuat Kek Butter :
  1. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.
  2. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.


KEK DURIAN




Bahan-bahan

  • 250 g mentega
  • 225 g gula kastor
  • 1/2 camt vanila
  • 4 biji telur
  • 125 g isi durian, dipuri [maksudnya isi durian tu dihancurkan blend gan susu kalau nak , kita lak malas tak yah puri2 pun , lebur ajee isi durian dlm mixer.
  • 200 g tepung naik sendiri } diayak
  • 50 g tepung gandum }

Cara-caranya
  1. Putar 3 bahan pertama hingga gebu.
  2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, putar kembang.
  3. Bubuh puri durian, bahan ayak dan kacau sebati.
  4. Ratakan dlm tin 20 cm bulat yg dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
  5. Bakar pada 170 C selama 40-50 min atau hingga masak.


KEK KEJU TIRAMISU



Bahan-bahan
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.


KEK KUKUS APAM BELANG



Bahan2nya:
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna

Cara2nya:
  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis).


KEK LUMUT KUKUS




Bahan-bahan: ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum ~ diayak
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya 
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla

Cara – Cara:
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik 



KEK VELVET KUKUS MARBLE/PELANGI




BAHAN-BAHAN : (sy menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")

  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 125 ml minyak jagung
  • perisa dan pewarna :
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes bluberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla


CARA-CARA :


  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (sy menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
  4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek).
  6. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  7. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.




MOCHA CUPCAKES




INGREDIENTS:

  • 1 cup flour
  • 1 cup plus 2 Tablespoons sugar
  • 1/3 cup plus 2 Tablespoons cocoa
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/2 cup butter. melted
  • 2 eggs
  • 1 teaspoon vanilla
  • 2 Tablespoons instant coffee
  • 1/2 cup hot coffee

Chocolate Sauce:
  • 2/3 cup dark chocolate
  • 2 Tablespoons heavy cream
  • 4 Tablespoons powdered sugar
  • 2 Tablespoons water

INSTRUCTIONS:
  1. Combine flour, cocoa, sugar, baking soda and salt.
  2. Combine eggs, butter and vanilla.
  3. Add to dry ingredients and beat on medium speed for 1 minute.
  4. Stir instant coffee into hot coffee.
  5. Pour into batter and stir until combined.
  6. Scoop (or pour) batter into muffin cups.
  7. Bake 18 minutes at 350.
  8. Cool completely on wire racks.
  9. Frost with chocolate buttercream. Put in freezer for 10 minutes.
  10. To make chocolate sauce: Heat chocolate and whipping cream in the top of a double boiler, without stirring.
  11. Stir melted chocolate. Stir in powdered sugar.
  12. Stir in enough water to make pouring consistency.
  13. Chop whoppers, reserving 1 for the top of each cupcake.
  14. Spoon chocolate sauce over frozen buttercream. Sprinkle with chopped whoppers.
  15. Finish with another dollop of buttercream and a whopper.










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^