nuffnang

Wednesday, 15 June 2016

Merawat Penyakit Gastrik Dengan Kapsul Datinggi Lasinaan

Gastrik

Gastrik adalah masalah yang sangat lazim dalam kehidupan seharian.
Gastrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  • gastritis yang mana merupakan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut 
  • ulser perut atau peptic pada lapisan sel yang lebih dalam.


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut.


Antara tanda-tandanya ialah 


  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.



ANUGERAH PERMATA | KAPSUL DATINGGI LASINAAN (KDL)


Kapsul Datinggi Lasinaan

Sebelum ni nisa pernah share pengalaman nisa sendiri tentang Gastrik Angin, kalau belum baca korang boleh klik link tersebut untuk baca keterangan lanjut tentang info betapa siksanya penyakit gastrik ni.


Anugerah Permata | Kapsul Datinggi Lasinaan

Jadi entry kali ni nisa nak share tentang Khasiat Produk Anugerah Permata, Kapsul Datinggi Lasinaan (KDL) yang nisa consume untuk rawat penyakit gastrik nisa. Alhamdulillah, kalau korang pun mengalami masalah yang sama ngan nisa, korang boleh cuba KDL ini dan rasai sendiri kemujarabannya. hiks! Insha Allah korang pasti tak menyesal nanti ^_^


Kapsul Datinggi Lasinaan


 Cara Pengambilan :
*2 Kapsul pagi,
*2 kapsul malam
(selepas makan)

Harga :
WM RM89.90
EM RM99.90

Bagaimana nak dapatkan ?

Website :

Facebook Fanpage :

Instagram :

Whatsapp :
0149232129



"Selamat mencuba"





Sunday, 12 June 2016

Rezeki Sayur

Ya Allah.. sungguh lama tak hapdate blog ni...
Hari-hari duk catit kat dairy je day by day...bila jenguk blog ni, uit, dah berhabuk dah.

Padahal setiap hari online, tiap tiap hari berfisbuk dan berinstagram...cuma masa untuk celoteh panjang lebar kat sini je tak berkesempatan.


Perniagaan sayur-sayuran.


Gambar kat atas ni sebenarnya petikan dari hasil lawatan nisa ke kebun kawan ayah masa pestime balik kampung ritu :)  Tapi tak sangka pulak, bermula dari lawatan tu , Allah bukak kan jalan dan pintu rezeki yang begitu luas untuk kami...

Sedar tak sedar nisa dan Mr.n dah pun berkecimpung dalam bisnes ni sekarang.. Allahhuakhbar, terlalu banyak perkara yang kami pelajari. Dari awalnya, bisnes ini hanyalah untuk membuat side income cuma, namun akhirnya kami terjerumus sepenuhnya dalam keseronokan menguruskan sayur-sayuran ni, hingga tanpa kami sedari, hujung minggu kami kadang-kadang cuma satu jam sahaja, bila waktu-waktu yang ada dibahagikan untuk urus kedai, collect sayur, repair computer, design artwork cust dan lain-lain. Penat tu memang penat, tapi sebab seronok dengan semua ni, penat tu hilang camtu je. hiks!

Kesukaran Sang Petani
Petani adalah insan-insan yang sungguh kuat, yang tidak mengenal erti lelah, rela berpanas menanam, mencangkul, menyiram demi mendapatkan sesuap nasi. Besar sungguh pengorbanan mereka, demi menyara keluarga dan membekalkan kita sayur-sayuran dalam setiap hidangan kita saban hari.

Musim Kemarau
Hanya Allah yang tahu, payahnya nak menghasilkan tanaman bila tanah kering kontang, bila bekalan air tiada, hingga tanaman yang ditanam, ditunggu berbulan bulan untuk dituai hasilnya, mati dipertengahan jalan dek kerana ketiadaan bekalan air.

Waktu ni memang harga sayur melambung. Nisa ingat lagi, waktu pertama kali nisa membeli 'Lada Solok' dari petani untuk dijual kepada pemborong, waktu tu , March 2016 harga lada cuma RM27 = 5 Kg, tapi sekarang mencecah RM100. huuuu.... 
Tapi kini, Alhamdulillah... walaupun bekalan sayuran berkurang, namun cuaca bulan ramadhan ni sudah cukup mengukir senyuman Si Petani.

Susah ke Biz ni?


Tak de pun, bila kita memahami selok belok dari  Petani, Pembekal, Pemborong, Peruncit, jenis-jenis sayur, asal usul sayur, pasti kita jugak tersunyum lebar dengan hasilnya yang tak terjangkau dek fikiran. Cuma kita kene tahu, sayur-sayuran ni sebenarnya tiada harga tetap, harga semuanya mengikut harga pasaran. Jadi tak mustahillah, bila sehari pun boleh dapat keuntungan ribuan ringgit.


Jom layan gambar teaser ni dulu, lain kali nisa share lagi...












Ni semua gambar-gambar yang  nisa snap, waktu first time nak collect sayur-sayuran dulu, kadang-kadang bila collect bendi je dah penuh satu kereta, beratus-ratus plastik, kalau naik keta memang ulang alik lah jawabnya nak muat semua sayur tu. 
Nasib baik lori akak ada, boleh buat harta jap.hahaks! 

Korang nanti doa-doakan nisa ye, biar dapat beli lori hakmilik sendiri pulak. Jangan terkejut lak, pasni nisa pon join selfie sambil bawak lori. mihmihmih. 

ha! sapa yang ada tanah terbiar tu! baik p bercucuk tanam cepat... tanam 'Lada solok' je pun takpa, sebab semalam hage dah cecah RM120 tau, ha! tu baru satu plastik, kalau 20plastik? tambah ngan lelain sayur lagi? kompem 35jam sehari pun korang still keje tak mau benti tau! kekeke






TQ for reading dis entry :)